Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Januari 2007

Assalamualaikum wbt…Cuti sekolah tiba lagi… So untuk mengisi cuti sepanjang lebih 2 minggu ni pelbagai aktiviti telah dirancang. berbagai-bagai jaulah telah diatur. agar masa yang ada tidak lah berlalu dengan sia-sia. Sememangnya cuti bukan bermakna duduk rehat semata-mata. Tak buat keje atau sebagainya sebaliknya time cuti lah untuk kita gunakan bagi melakukan aktiviti2 yang biasanya tak boleh kita nak lakukan time tak cuti.betul kan?:)

Emm untuk itu, malam semalam akmal dan syazwan bersama-sama Hamdan, Munir, Dzul hazmi dan Abg Hazri dah pun bertolak menaiki bas super jet (kalau tak silap) menjelajahi negara-negara lain di middle east ni. mengutip tinggalan-tinggalan sejarah berharga di Syria dan Jordan untuk sama-sama berkongsi time pulang ke Mesir ni nanti. Mamat, Aslam, Haziq, Hafiz dan Haikal pulak bersama-sama 21 orang akhawat yang lain bertolak menaiki kereta api ke Luxor dan aswan untuk menjejaki tinggalan-tinggalan Firaun di sana.

Dan pagi ini pulak, Idil mengetuai ekspedisi rehlah sinai PERUBATAN untuk kesekian kalinya dan sememangnya ia diadakan saban tahun untuk memberikan sedikit kerehatan dan menghilangkan segala ketegangan yang dialami sepanjang 2 minggu mid year xm yang lepas di samping niat menjejaki dan menghayati perjalanan hidup Nabi-Nabi Allah yang diutuskan sebelum ini di Jabal Musa dan kawasan sekitarnya.Diri sendiri pun dah dua kali turut serta dalam ekspedisi yang lepas yang membawa kepada demam yang cukup teruk selepas pulang daripada edisi yang kedua. (selanjutnya…)

Read Full Post »

Apabila iman menjadi malap

Oleh :Aisyah Z

Melihat keadaan kes murtad yang berleluasa di negara kita, sedikit sebanyak peristiwa ini telah menyentak kuat rasa iman kita serta menjadikan kita terkesima lalu mengelengkan kepala, mengapa perkara ini boleh berlaku? Mengapa di bumiku tempat sepatutnya Islam itu subur, terjadinya peristiwa di mana manusia itu mahu lari dari iman dan Islam itu sendiri? Merasa rimas dengan pakaian Islamnya dan kehilangan rasa manisnya iman di hatinya? Mengapa perkara itu boleh berlaku?.

‘If people know that I’ve converted to Christianity, they might take the law into their own hands. If they are not broadminded, they might take a stone and throw it at me.”

Hati manakah yang ada iman di hatinya sanggup berkata-kata sedemikian?

Maria became a Christian over a decade ago when she was 18. She says no-one forced her to convert, that she made the decision after studying different religious texts. (selanjutnya…)

Read Full Post »

Hari Asyura…

Assalamualaikum wbt…Alhamdulillah dah habis imtihan. dah mula cuti sekolah pun. Jazakumullah khairan kathira kepada yang mendoakan yang terbaik buat diri ni dalam imtihan yang lepas yer. moga semuanya pun akan terus berjaya melalui imtihan masing-masing. samada imtihan dunia mahupun akhirat. InsyaAllah

So untuk minggu ni dah pun masuk round baru sebenarnya. Ophtalmology, atau dalam arabicnya ramad. Cukup best dan so far mmg cukup menarik. Walaupun dikatakan subjek ni paling sukar utk 4th year ni. Kita tengoklah camana nanti yer.

Oklah tak tau lagi nak cerita ape buat kali ni juz nak ingatkan sahabat tentang hari asyura yang bakal tiba. so kat bawah ni pastkn balik artikel tentang hari asyura yang pernah dipostkan kat blogdrive dulu. sama-sama beramal yer…InsyaAllah. (selanjutnya…)

Read Full Post »

Salam Maal Hijrah

1 Muharram 1428 H – 19 Januari 2007M


Assalamualaikum wbt…

Diam tak diam dah pun masuk tahun baru Hijrah. Maka lagu ini akan kembali dialunkan..

Maal Hijrah….

Maal Hijrah…
Detik Permulaan…
Berpidahnya Nabi…
Dan Umat Islam…

Satu Muharram Detik Permulaan,
Perkiraan Tahun Islam Hijrah,
Perpindahan Nabi dan Umat Islam,
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah.

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh,
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu,
Rela Berkorban Harta dan Nyawa,
Demi Menegakkan Islam Tercinta.

Hijrah Itu Pengorbanan…
Hijrah itu Perjuangan…
Hijrah itu Persaudaraan…
Hijrah Membentuk Perpaduan.

Oleh itu, mari semua,
Kita Sambut Maal Hijrah,
Tingkatkan Semangat,
Tegakkan Syiar Islam,
Untuk Sepanjang Zaman…

Perjalanan masih jauh… Cita-cita masih belum tercapai… Impian belum terealiti…

Masih banyak kerja perlu dilaksana, masih banyak usaha perlu dilakukan , masih banyak kudrat perlu dikerah Moga ISLAM akan terus bersinar sesuai dengan kemegahannya…

Salam Maal Hijrah buat semua yer!! Hayatilah makna perjuangannya…

Jazakumullah Khairan Kathira…

PS: masih meneruskan perjuangan imtihan Com Med Isnin, doakan ya!! Jzkk
Dan doakan jugak buat Sahabat-sahabat kita di Malaysia yang sedang menghadapi imtihan jugak (banjir besar) Moga kheirla semuanya….InsyaAllah…

Read Full Post »

Ahly ooh ahly…

Assalamualaikum wbt…

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, serta selawat dan salam ke atas rasul junjungan insan yang paling agung, dikasihi Allah dan semua orang beriman, Muhammad Sallallahualaihi Wassalam. Moga kita semua akan dihimpunkan bersama-sama dengan baginda di akhirat kelak…

Toxicology case…

Meneruskan peng’update’an blog kali ni. tak tau la kenape pulak dah dalam fatrah-fatrah imtihan ni rajin pulak mengupdate blog sedangkan sebelum ni tak rasa lak nak update sangat. Mungkin banyak nak dikonsi bersama kot. Apapun hari ni kuliah kembali bermula seperti biasa setelah seminggu lebih bercuti. Cuti Aidil adha dan jugak cuti Hari Krismas peringkat Mesir semalam. Seperti yang pernah diceritakan dalam blog yang dulu, masyarakat Kristian Mesir menyambut krismas lebih lewat berbanding penganut kristian lain kat seluruh dunia sbab diaorang akan sambut krismas pada 7 January setiap tahun. Emm mungkin ada khilaf antara mereka berkenaan tarikh sebenar kelahiran Jesus Crist ni kot.hihi pepun orang bagi cuti kita cuti je la. (selanjutnya…)

Read Full Post »


Salam Alaiyk…

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, serta selawat dan salam ke atas rasul junjungan insan yang paling agung, dikasihi Allah dan semua orang beriman, Muhammad Sallallahualaihi Wassalam. Moga kita semua akan dihimpunkan bersama-sama dengan baginda di akhirat kelak…

Perbezaan ikhwah dan akhawat…



Wah cam menarik jer tajuk ni kan, perbincangan mengenai perbezaan antara ikhwah dan akhawat banyak menjadi perbincangan dalam masyarakat. Tak kisahlah samada perbincangan berkenaan dengan physicallynya, mentalitinya psycology antara dua golongan ini mmg cukup berbeza. Firman Allah…

“Dan Allah mengetahui apa yang dikandungkannya dan tidaklah lelaki itu adalah sama dengan wanita” (selanjutnya…)

Read Full Post »

Assalamualaikum wbt…

Sayu rasanya bila mendengarkan kalam Imam Masjid Hidayah semalam seusai solat Asar semalam, “La takbir ba’da hadza waqti” (dah takder takbir dah selepas waktu ni) Dah berakhir dah Hari Raya dan hari-hari tasyriq untuk kali ni. Rasa rugi sangat sebab tak sempat nak takbir lebih banyak dari sepatutnya. Harapkan Akmal je yang selalu pasang alunan takbir thru PC dia time nak tido, so bila bangun pagi tu akan selalu la dengar takbir tu. Apepun mudah-mudahan Raya kali ni memberikan banyak makna buat diri kita dan melatih kita untuk lebih banyak berkorban…

Raya Kali ni.

Kali ni buat pertama kalinya tak pergi solat raya dengan masyarakat melayu yang lain sebaliknya. Pada mulanya mmg planning nak ke ARMA or Masjid Musa untuk solat raya kat sana. Tapi bila fikir2 balik dan melihatkan Idil dan Akmal yang semangat nak raya dengan Arab so turut sama mengubah fikiran. “Raya dengan arab la kali ni” So lepas mandi sunat, bersiap semua turunlah ke Masjid Hidayah untuk bersolat raya. wah… meriah jugak arab ni sambut Raya Haji, memang meriah as kat masjid-masjid pun dihiaskan dengan belon2 dan pelbagai hiasan yang lain. Teringat kata-kata akmal “Kat Malaysia takder la gantung-gantung belon camni” J dalam hati “kat malaysia kalau buat camni mesti dikatakan bid’ah lagi…”J Apepun sememangnya masyarakat arab kat sini lebih mengutamakan sambutan Aidil Adha berbanding Aidilfitri. Tak tahu kenapa tapi mungkin kerana banyak peristiwa-peristiwa penting Islam bersempena Hari raya Haji ni dan pada waktu ni jugak diwajibkan bagi umat Islam yang mampu untuk menunaikan haji dan dalam waktu ini jugak bagi mereka-mereka yang berada mengambil peluang untuk sama-sama mengorbankan kambing, lembu mahupun unta sebagai saham mereka di akhirat kelak dan pada waktu ini jugak bagi mereka-mereka yang tak berkemampuan diraikan dengan mendapat pembahagian daging-daging korban tersebut. Pendek kata semuanya merasai erti dan nilai Aidil Adha tersebut. So tak hairanlah bila mereka cukup mengambil berat tentang sambutan Aidil Adha ni. (selanjutnya…)

Read Full Post »

Da New House..;)

Assalamualaikum wbt…

Buat sekian lama menyepi, merangka dan merancang akhirnya mengambil keputusan untuk berhijrah ke rumah baru. Sebenarnya dah lama bercadang untuk pindah guna blogspot ni dan sebenarnya dah lama dah ada account blogspot cuma bila dah lama pakai blogdrive tu rasa cam nak teruskan je. Tapi memandangkan lebih mudah untuk kendalikan blogspot dan lebih mudah untuk buat post so ambil keputusan untuk pindah terus. Apepun tak kisahlah guna apepun asalkan ape yang nak disampaikan, sampai kan? Hihi key selamat datang ke teratak baru ana dan moga kita dapat terus berkongsi ape yang patut kita kongsikan bersama…

Akhirnya Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua. Moga Semangat pengorbanan yang dirasai sepanjang menyambut Raya Haji ni akan terus dirasai dan mem’booster’kan semangat untuk terus berjuang menegakkan Islam di mana jua dan untuk imtihan yang bakal menjelang ni jugak. Key Maaf Zahir dan Batin.

Kullu Amm Wa Antum Ilallahi Aqrab

Salam A’layk!!

Read Full Post »