Feeds:
Kiriman
Komentar

Gembirakah kita ?

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaykum dan salam sejahtera buat semua.

Saya ingin membawa sahabat-sahabat merenung dan berfikir, Bersyukurkah kita apabila dilahirkan sebagai Muslim. Bergembirakah kita apabila dalam hidup ini kita dianugerahkan Allah nikmat dengan menganuti agama yang Agung, agama yang sebenar-benar agama ini.

Gembirakah kita?

Sedang orang lain masih tercari-cari Rabb mereka. Hanyut dan lalai dalam kesesatan pencarian Tuhan mereka itu. Tertipu dan terpedaya dengan anutan yang mereka percayai. Kadang-kadangnya ada antara mereka yang diberikan Allah kesenangan dan kemewahan di dunia, punya segala-galanya namun terasa sepi dan kosong jiwa. Kerana tidak menemui Tuhan mereka. Namun kita, dimuliakan Allah dengan Islam.


Justeru, cuba kita hisab diri kita kembali. Sejauh mana syukurnya kita ditakdirkan kita sebagai hambaNya dan Dia sebagai Tuhan kita, ketika qiam kita, ketika rukuk kita, ketika sujud kita dan seterusnya. Di kala orang lain tidak dapat qiam seperti kita, tidak dapat rukuk seperti kita, tidak dapat sujud seperti kita. Moga hati kita lebih terikat kepadaNya. Moga hati kita lebih khusyuk kepadaNya.

Justeru, bersyukurlah. Dan sampaikanlah ajaran ini walau di mana-mana. Berkongsilah ajaran agama ini dengan seluruh manusia. Kerana Agama ini sangat indah. Agama ini sangat benar dan Agama ini adalah untuk seluruh umat manusia…

“Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat”

________________________________________________

Gembirakah kita?

Hari ini, rakyat Malaysia bakal menikmati kenaikan harga minyak petrol sehingga 78 sen menjadikannya RM2.70 seliter sekarang ini. Saya hairan apabila ramai yang merungut dengan kenaikan ini sedangkan kerajaan inilah yang telah mereka pilih baru-baru ini.

Saya tidak mahu mengulas panjang kerana semuanya bakal dan telah pun diulas oleh pakar ekonomi dan ahli politikus negara yang lebih arif daripada saya. Dan ulasan dari UZAR ini paling saya minati. Cumanya yang semua orang tahu dan semua orang maklum, kenaikan ini pastinya akan membawa kepada kenaikan harga-harga barangan yang lain. Justeru bagaimana rakyat ingin berasa selesa di negara Malaysia pengeluar minyak ini.

Baiklah, sampai sini dulu buat kali ini, berkira-kira untuk membawa balik minyak petrol sekilo dua apabila pulang ke Malaysia nanti… :)

Jazakumullah Khairan Kathiraa…

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaykum dan salam sejahtera buat semua.

Ada orang berkata untuk berjaya kita perlukan kesungguhan dan pengorbanan, namun kesungguhan dan pengorbanan tidak pula memastikan kita mendapatkan kejayaan. Akan tetapi sunnahnya alam, apabila seseorang itu berusaha insyaAllah dia akan berjaya. Begitulah.

Hari ini saya tidak ke kuliah, membuat ijtihad sendiri mengatakan lebih baik menggunakan masa yang ada untuk mengulangkaji di rumah, memandangkan tiada lagi muhadharah yang akan dilalui dan jika ke kuliah, hanyalah untuk mengikuti round yang entah berapa kerat sahaja yang hadir dan doktor pula seperti segan-segan untuk datang memandangkan jumlah pelajar yang tidak ramai itu. Apatah lagi peperiksaan akhir untuk klinikal ini akan dihadapi pada hari Rabu ini. Apapun itu semua alasan. Yang pasti saya tidak hadir ke kuliah hari ini dan hanya mengulangkaji di rumah, badan sendiri pun masih terasa letih dan tidak keruannya.

Biarkanlah hal itu, hari ini saya menelefon keluarga di Malaysia, sebetulnya baru 2 hari lepas saya menelefon mak dan ayah tetapi lupa untuk memberitahu tentang xm yang akan saya tempuhi rabu ini. Ketika itu mak dan ayah berada di Nilai, menghantarkan Mansur yang akan memasuki tahun peralihan untuk kursus undang-undang syariahnya di USIM. Alhamdulillah sudah empat orang anak-anak mak dan ayah telah berada di menara gading. Tinggal tiga orang sahaja lagi di rumah dan seorang lagi, Khadijah, tinggal bersama nenek saudara saya di rumah berasingan.

Segala puji dan syukur kepada Allah atas segalanya. Tiada apa sangat yang dibualkan, hanya sedikit hal-hal keluarga dan bertanya khabar saudara mara. Ternyata ayahanda begitu bahagia dengan cuti panjang yang dilalui kini. Banyak perkara yang dapat dibuatnya sepanjang sudah bergelar pesara. Dalam masa yang sama dapat berehat bersama anak-anak. Sekarang pun cuti sekolah kan? Segala puji bagiNya memberikan ayah saya kegembiraan itu. Namun seperti orang-orang tua yang lain, kesukaran untuk ayah menangkap butiran-butiran kata dari bicara saya menyebabkan sedikit terbantut minatnya untuk berbicara dengan saya, justeru mak lah yang selalu diserahkan telefon tangannya itu untuk berbicara apa-apa. Kesian ayah, dan kesian anaknya juga. Apapun bagi saya, mendengarkan suara mak dan ayah pun sudah cukup walaupun mungkin tidak dapat berkata apa-apa.

Saya agak terkilan dan kasihan apabila ada sahabat-sahabat yang berpendapat tiada guna atau tidaklah terlalu penting untuk menelefon ibu atau bapa sedang tidak tahu apa-apa untuk bercerita dan mak ayah pun kadang-kadangnya tidak menunjukkan minat untuk tahu apa-apa. Sepertinya tidak mengingati ingatan kita kepada mereka, yang penting kita sihat dan teruskan belajar dan belajar. Namun pada saya, walau begitu keadaannya kita tetap seorang anak dan kewajipan kita untuk berbuat baik kepada mereka dan kadang-kadangnya dalam banyak hal perlu untuk kita mengalah. Justeru, janganlah jemu untuk menelefon mak dan ayah sementara kita masih punya mereka. Renungan dan nasihat untuk diri sendiri dan semua. So ape lagi?

Hari ini satu lagi musibah dihadapi oleh seorang pelajar perubatan di perlembahan nil ini, kali ini kes pukau pula. Habis wang 1900le dikebas oleh si pemukau tadi yang begitu pandai mencipta dramanya yang tersendiri. Sebetulnya saya malas untuk bercerita panjang lebar tentang apa yang berlaku cuma sekadar peringatan buat semua sahabat-sahabat di sini supaya lebih berhati-hati apabila di sapa oleh mana-mana arab lebih-lebih lagi yang tidak dikenali. Takut kes yang terjadi berlaku lagi. Ya itu memang satu musibah yang telah ditentukanNya dan sememangnya apa yang boleh dilakukan hanyalah bersabar atas apa yang berlaku dan tanamkan keyakinan bahawa walaupun wang tersebut pernah berada di tangan kita dan pernah menjadi milik kita namun bukan rezeki kita untuk membelanjakannya sebaliknya rezeki pemukau tadi walaupun dengan jalan yang haram. Namun langkah-langkah pencegahan wajib diambil sebelum kita bertawakkal kepadaNya.

Buat Apes adikku sayang, walau semua pun sudah mengucapkannya,bersabarlah ya. Moga Dia memberikan ganti yang lebih baik. Mana tau lepas ni dikurniakan zaujah yang solehah ke?

Baiklah, setakat ini dulu coretan saya, oh ya setelah pening memikirkan apa yang nak dimasak hari ini akhirnya saya punya idea untuk memasak sesuatu pada hari ini. Hasilnya, entah saya belum merasa, rupanya, maaf saya memang tiada kamera. Tapi nampaknya semua pun berpuas hati, cuma mungkin ada antaranya yang suka masakan berkuah agak kecewa dengan santapan hari ini. Untuk itu, maaf ye akhi. Lain kali saya masak lain pula. Wafi menamakan masakan itu “menanti” entah apalah yang dinantinya. Syazwan menamakannya sesuatu tadi, tapi lupa pula, ape ye wan? Idil pula, apa nama yang nak diberi? Apapun moga ianya berbaloi untuk merai sama ulang tahun kelahiran ahli bait saya, Ahmad Rashidi yang ke… berapa ya Di? Ke 21 ya? Moga diberikan keberkatan dalam umur dan dipermudahkan segala urusan yang dirancang.

Sekian, bittaufeeq buat semua, moga dapat menggapai bintang-bintang kecemerlangan yang bergemilangan itu.

Jazakumullah Khairan Kathiraa…

PS: Maaf jika entry ini tidak sesuai dengan tajuk yang diberi…

Kenapa ya?

Bangun – Lapar – Makan – Kenyang – Mengantuk – Tidur – Bangun

Begitulah kitaran hidup saya ketika ini,saya sendiri tidak pasti kitaran apakah ini.

Walau sukar untuk mengakui, namun apa yang pasti saya sememangnya sedang menjalani hari-hari yang tidak menentu sejak akhir-akhir ini. Saya tidak pasti di mana dan apa sebab musababnya, faktor kesihatan mungkin memainkan peranan terbesar kepada keadaan ini, sistem GIT saya terasa kurang enak, badan berasa selalu letih kadang-kadang rasa pening menyerang dan dalam masa yang sama saya kerap memikirkan perkara-perkara yang entah datang dari mana hujung pangkalnya tidak saya ketahui.

Rasa sukar untuk tidur pada waktu malam dan terlalu mengantuk dan lapar pula pada waktu siang, berasa sengal-sengal badan apabila bangun dari tidur dan kesakitan yang amat pada bahagian bahu yang terkehel dalam kemalangan yang lalu juga menambahkan beban yang saya tanggung pada saat ini. Dalam hal ini mungkin Idil lah yang paling mengesani apa yang saya alami ini dan mungkin ahli-ahli bait yang lain namun tiada apa yang boleh mereka lakukan kecuali melihatnya dengan rasa simpati. Walau kami sebagai pelajar perubatan, saya sendiri tidak pasti apa yang saya alami ini.

Depress kah saya? Saya cuba mencari, jika benar ini adalah simtom-simtom dari depress yang dihadapi, apa puncanya? Kerana study kah? Kerana masalah peribadi kah? Kerana hubungan saya dengan manusia kah? Atau kerana hubungan saya dengan pencipta saya sendiri? Atau mungkin kerana gusar dan rungsing memikirkan apa yang berlaku kepada Ummat ini yang makin parah dan punah?

Saya pernah berpendapat sebelum ini dan pernah mengutarakannya kepada seorang sahabat, “Jika mahu mengadu apa-apa, mengadulah kepada Allah kerana dia yang paling mendengar sedang mengadu kepada manusia kerap kali membuatkan kita kecewa.” Ya memang dengan mengadu kepada Allah itulah jalan dan cara yang sebaiknya kerana dia sahajalah yang mampu memberikan apa-apa kebaikan dan kemudharatan dan suatu tanda keimanan yang cukup tinggi apabila kita melakukan sedemikian, cuma fitrahnya kita ini manusia, kadang-kadang kita memerlukan seseorang untuk kita bercerita, mengadu rasa dan duka walau kita sendiri tahu si dia pastinya tidak mampu berbuat apa-apa selain mendengarnya tetapi itulah antara cara kita untuk mengurangkan sedikit rasa yang tertanggung. Namun kadang-kadang seperti yang saya sebut kepada sahabat tadi, kadang-kadang kita akan pula berasa kecewa jika respon yang diterima daripada si dia tidak pula seperti apa yang diharapkan justeru kita berasa semakin terbeban menanggung rasa.

Entahlah, mungkin saya tidak menemui orang yang sesuai untuk saya bercerita sedang saya sendiri tidak pasti apa yang saya rasai. Moga Dia memberikan petunjuk kepada saya dan sentiasa membantu saya menjadi hambaNya yang baik. Melaksanakan amanah yang diberikanNya, mengajak seluruh manusia mentauhidkanNya tanpa rasa ragu dan was-was Dialah segala-galanya… Seorang sahabat berkata “ Takder la susah sangat xm round ni, takpa saya tahu, Kadir memang selalu yakin” Ya saya memang sentiasa punya keyakinan dan moga saya akan terus punya keyakinan bahawa semuanya datang daripadaNya, dariNya kita datang dan kepadaNya kita semua akan kembali… Doakan saya ya sahabat-sahabat.

Harap saya dengan adanya post ini akan ada yang berkata, “Ala takder la teruk sangat ape yang aku alami ni, abg kadir pun ada masalahnya sendiri” Ya, anda tidak bersendirian menghadapi dunia yang mencabar penuh ujian ini, justeru, ceria-ceriakanlah diri dengan Rahmat dan Kasih SayangNya…

Jazakumullah Khairan Kathiraa…

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaykum dan salam sejahtera buat semua.

“Sape sape boleh bagitau macam mana addison’s disease boleh menyebabkan hypercalcemia” soal Idil.

Emm macam senang je soalan ni, akan tetapi setelah dibuka buku Dr Ossama dan dibuka juga buku Davidson’s yang tebal itu masih lagi tidak ketemu dengan jawapan yang terbaik. Justeru bagaimana Addison’s disease, suatu penyakit yang disebabkan oleh kegagalan adrenal gland menghasilkan corticosteroid ini dapat membawa kepada keadaan hypercalcemia.

Umumnya kandungan biasa calcium dalam badan manusia adalah sekitar 9-10.5mg/dL. Kandungan calcium yang tinggi di dalam darah manusia akan membawa kepada simptom-simptom berikut.

  • fatigue
  • confusion
  • nausea
  • vomiting
  • constipation
  • pancreatitis

dan pastinya akan menyebabkan seseorang itu mengalami dehydration, pencarian di Wikipedia telah menyenaraikan antara faktor-faktor yang membawa kepada hypercalcemia adalah;

  • parathyroid hormone disorders dan malignancy (90% cases)
  • Vitamin D disorders
  • Disorders of bone turnover
  • dan Renal problem

tanpa menyentuh tentang Addison’s disease. Maka apabila saya mencari lagi dan menemui laman ini, mengatakan bahawa hypercalcemia boleh berlaku dalam kes Addison’s disease kerana berlakunya combination of increased calcium input into the extracellular space and reduced calcium removal by the kidney di mana rendahnya GFR pada aktiviti kidney menyebabkan kurangnya calcium yang masuk kedalam glomerulus dan kemudian banyak pula calcium yang kembali diserap ke dalam darah ketika berada di tubules. Justeru berlakulah hypercalcemia.

Satu lagi kes yang pernah dikaji adalah dalam penerangan berikut yang menyatakan kes hypercalcemia di dalam Addison’s disease adalah suatu keadaan yang cukup jarang berlaku.

Apapun sebagai konklusi, tidaklah terlalu penting untuk mengatakan seorang pesakit Addison’s disease itu pastinya akan mengalami hypercalcemia, but just put in your mind that whenever you meet a case of hypercalcemia, it might be Addison’s disease.

Jadi Idil, itu sahaja penjelasannya. sekian.

Jazakumullah Khairan Kathiraa…

PS: Oh ya, pelajar-pelajar Cairo Univ baru lepas first paper O&G diaorang hari ni. Camana ek korang? Mesti ok je kan…. :)

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaykum dan salam sejahtera buat semua.

“Sape sape boleh bagitau macam mana addison’s disease boleh menyebabkan hypercalcemia” soal Idil.

Emm macam senang je soalan ni, akan tetapi setelah dibuka buku Dr Ossama dan dibuka juga buku Davidson’s yang tebal itu masih lagi tidak ketemu dengan jawapan yang terbaik. Justeru bagaimana Addison’s disease, suatu penyakit yang disebabkan oleh kegagalan adrenal gland menghasilkan corticosteroid ini dapat membawa kepada keadaan hypercalcemia.

Umumnya kandungan biasa calcium dalam badan manusia adalah sekitar 9-10.5mg/dL. Kandungan calcium yang tinggi di dalam darah manusia akan membawa kepada simptom-simptom berikut.

  • fatigue
  • confusion
  • nausea
  • vomiting
  • constipation
  • pancreatitis

dan pastinya akan menyebabkan seseorang itu mengalami dehydration, pencarian di Wikipedia telah menyenaraikan antara faktor-faktor yang membawa kepada hypercalcemia adalah;

  • parathyroid hormone disorders dan malignancy (90% cases)
  • Vitamin D disorders
  • Disorders of bone turnover
  • dan Renal problem

tanpa menyentuh tentang Addison’s disease. Maka apabila saya mencari lagi dan menemui laman ini, mengatakan bahawa hypercalcemia boleh berlaku dalam kes Addison’s disease kerana berlakunya combination of increased calcium input into the extracellular space and reduced calcium removal by the kidney di mana rendahnya GFR pada aktiviti kidney menyebabkan kurangnya calcium yang masuk kedalam glomerulus dan kemudian banyak pula calcium yang kembali diserap ke dalam darah ketika berada di tubules. Justeru berlakulah hypercalcemia.

Satu lagi kes yang pernah dikaji adalah dalam penerangan berikut yang menyatakan kes hypercalcemia di dalam Addison’s disease adalah suatu keadaan yang cukup jarang berlaku.

Apapun sebagai konklusi, tidaklah terlalu penting untuk mengatakan seorang pesakit Addison’s disease itu pastinya akan mengalami hypercalcemia, but just put in your mind that whenever you meet a case of hypercalcemia, it might be Addison’s disease.

Jadi Idil, itu sahaja penjelasannya. sekian.

Jazakumullah Khairan Kathiraa…

PS: Oh ya, pelajar-pelajar Cairo Univ baru lepas first paper O&G diaorang hari ni. Camana ek korang? Mesti ok je kan…. :)

Oral Pharmacology…

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaykum dan salam sejahtera buat semua.

Tadi Apes ada datang ke rumah bertanyakan apa yang ditanya oleh doktor semasa oral pharmacology dua tahun yang lalu. Justeru untuk memudahkan semua, boleh rujuk apa yang ditaip di bawah ini yang merupakan archive saya di blogdrive sebelum ini. Baca je soalan-soalan tu dan abaikan jawapan saya itu jika silap. Buat adik-adik tahun 3 Ain Shams, selamat berusaha dan moga najah dalam oral nanti. Bittaufeeq semua. Chayok…Chayok.

31 Mei 2006….

Hari ni akan teruskan perjuangan untuk pharma ni in amali plak. tak tau kenapa rasa lebih cuak berbanding kertas written dua hari lepas.sedangkan markah untuk amali just 50 sahaja berbanding written xm yang diperuntukkan 150 markah.hhuhu banyak2. ntah berapa la dapat. apepun mungkin atas faktor-faktor ni jugak.

1. tak pernah sentuh lagi soalan – soalan amali as lebih tumpu utk tahriri atau written tu

2. tak pasti bagaimana soalan amali yang akan diberikan. takder briefing yang jelas.

3. Prescription terlalu banyak untuk dihafal dan kelemahan utama ana tak boleh nak hafal sebijik-sebijik so banyaklah yang tak dapat diterjemahkan di atas kertas jawapan…

4. cukuplah 3 kat atas tu :)

Key so dapat lah jawap soalan2 yang diberikan. sayang tak dapat bawak balik kertas soalan. dan seperti dijangka soalan untuk prescription mmg ada yang berlubang jugak. isk sedih jugak. apepun redha insyaAllah.

Kertas amali.

1. General pharmacology,

2. Case about Broncho Asthma… rujuk buku amali

3. Curve

4. Prescription
a) UTI (Urinary tract infection)
b) Congestive Heart Failure
c) Acute Rheumatic Artritis
d) NIDDM
e) Vomiting.

1 Jun 2006 : Oral Session….

Ditakdirkan untuk berduet dengan si Jamal ambil xm oral kali ni. dan Dr yang ditugaskan untuk menyoal kami adalah Dr Ahmad Abdul Solah dan Dr Lubnaa. Dua orang Dr yang langsung berbeza personaliti hihi

Me : Assalamualaykum Dr,

Dr Ahmad: Waalaikumussalam, Ismakayh (awak nama ape)

Me : (Hulurkan kernih kuliah) Tengku Abdul Kadir.

Dr Ahmad : Okey, what are the drugs for Angina?

Me : Oh angina? We have Calcium channel blockers, Beta Blockers and Nitrates

Dr Ahmad : Ok, tell about nitrates.

Me : Nitrate, the action it will bind to nitrate receptor than produce NO2 then inhibit MLCK. So it will make vasodilation.

Dr Ahmad : Ok Jamal what the precaution of nitrate?

Jamal : No answer

Dr Ahmad : You? know the answer?

Me : Emm have to keep it from sunlight, keep it in bottle with cotton. The used of nitrate cannot exceed than 16 hours.The interval between next administration must be more than 8 hours ( tak pasti tul ke tak)

Dr Ahmad : Ok Jamal, what the action of aspirin?

Jamal : It inhibit COX 2 and 1, so have analgesic effect.

Dr Ahmad : What the adverse effects

Jamal : (tak ingat dia jawab ape. jawab dalam arab lak tu hihi)

Dr Ahmad : Paracetamol. action

Jamal : Inhibit COX 3

Dr Ahmad : Why paracetamol is better than Aspirin?

Jamal : Couse it is selective COX 3 inhibitor which has analgesic effect, low adverse effect. than can be used in aspirin allergy, peptic ulcer.

Dr Ahmad : What else ?

Jamal : emmm

Dr Ahmad : You?

Me : Em its better in peptic ulcer, aspirin allergy, high tendency of bleeding patient?

Dr Ahmad : What the action of aspirin make it high bleeding tendency?

Me : Displace warfarin from plasma protein and anti platelet action.

Dr Ahmad : What else anti platelet.

Jamal : PG E2, emm

Dr Ahmad : What else?

Me : PG I2, PG I2 analogue, pentoxyfen, PG E2, Ticlofiban

Dr Ahmad : What the action of ticlofiban?

Me : ( alamak tak ingat) emm it inhibit ADP receptor. (guess)

Dr Ahmad : Ok (hihi betul) what else?

Me : Corticosteroid?

Dr Ahmad : What?

Me : Corticosteroid?

Dr Ahmad : Corticosteroid anti platelet?

Me : Ops nope!! hihi/

Dr Ahmad : Ok thats all. you can go.

Emm tula session ngan Dr Ahmad. tak senyum langsung sepanjang sessi tu, jamal pun sugul je. ana je la yang senyum sorang2 tak berbalas… hhiihi

Key now with Dr Lubnaa.

Me : Assalamulaykum Dr.

Dr Lubnaa : Waalaikumussalam (Smile…Big Smile) Ismakayh?

Me : Tengku Abdul Kadir…

Dr Lubnaa : OOh enta min Malizya?(dari Malaysia ke) Fi haddi fi sobah bardu min Malizya ismuha… (ada sorang pagi tadi jugak dari Malaysia nama dia…)

Me : Ahmad? Akmal?

Dr Lubnaa : Hiya hariimi (Dia permpuan)

Me : Oh Asma?
Dr Lubnaa : Emm naam. Asma Her voice is very low and so you are.(hhihi suara slow ke) Key tell me the drugs for Broncho Asthma?(tak taula kalau dr ni dapat idea tanya soalan ni from nama asma

Me : Emmm we have B2 agonist, theophylline, and anti muscurinic. 3aiz kaman? (nak lagi)

Dr Lubnaa : (Angguk)

Me : Lt antagonist, cromolyn….

Dr Lubnaa : Masyi kuwayyis (bagus) Tell me about B2 agonist. The members…

Me : Emm for B2 agonist we have short and long acting. short such as salbutamol, terbutalline, ritodrine and for long acting we have salmeterol and formoterol.

Dr Lubnaa : The mechanism of action?

Me : B2 agonist we bind at B2 reseptor which binds at Gs protein. Then stimulate adenyl cyclase to increase cAMP. Which can do VD, Broncho dilate and mast cell stablelizer.

Dr Lubnaa : ok stablelize mast cell. The adverse effects…?

Me : emm headache, hypoxemia, tolerance, tachycardia, tremors, constipation.

Dr Lubnaa : Ok about thiophylline, the mechanism of action?

Me : it also increase cAMP by inhibit phosphodiesterase enzyme.

Dr Lubnaa : And at adenosine receptor?

Me : It inhibit receptor A1 of adenosine.

Dr Lubnaa : Thiophylline have very low safety margine. What it is mean?

Me : It has low therapeutic index which can lead to toxicity easily

Dr Lubnaa : What the adverse effects of it?

Me : Depends to the dose of it. If we…

Dr Lubnaa : The dose?

Me : Yes the dose

Dr Lubnaa : You mean the concentration of drug in the blood. isnt it?

Me: Hihi ya the concentration, if low than 20mg so we can suffer git disturbances, anxiety, headache and if higher than 40mg can lead to convulsion and heart arrest.

Dr Lubnaa : Ok I dont want anymore from you….

That’s all…

Jazakumullah Khairan Kathiraa…

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaykum dan salam sejahtera buat semua.

Saya sebetulnya kebosanan membaca dan membaca perkara yang sama, mengulang dan mengulang tanpa dapat mengingati apa-apa daripada apa yang dibaca. Justeru menghilangkan sedikit kebosanan itu apa kata saya berkongsi cerita perkara yang membosankan ini dengan teman-teman semua, seperti kata As, sharing is caring, dengan berkongsi, kegembiraan akan bertambah, kesedihan akan berkurang dan kebosanan, mungkin saya makin kurang bosan dan kamu semua pula yang merasainya

Baik saya nak bercerita tentang pulmonary disease. Lebih kecil scopenya adalah obstructive pulmonary disease.

Umum mengetahui paru-paru kita adalah suatu organ yang penting untuk pernafasan. Disitulah berlakunya proses-proses yang dikenali sebagai Ventilation, Perfussion dan Diffusion,

Ventilation : Suatu proses masuk dan keluarnya udara daripada alveolus. Masalah yang sering terjadi dalam proses ini adalah apabila seseorang itu merasa sukar untuk bernafas, hypoventilation atau terpaksa bernafas dengan lebih kerap, hyperventilation.

Baiklah, saya tidak mahu menyentuh tentang hyperventilation, kita bercerita tentang hypoventilation, ada dua keadaan yang akan membawa kepada keadaan ini.

Pertama: Restrictive, alveolus sukar untuk mengembang disebabkan oleh pulmonary fibrosis, pleural effusion dan pneumothorax.

Kedua: Obstructive, ha yang ni saya nak lebih bercerita hari ini, keadaan dimana, saluran pernafasan ini tersekat menyebabkan seseorang berasa sukar untuk bernafas. Contoh penyakit yang sering membawa kepada keadaan ini adalah COPD, Bronchial Asthma dan asthmatic bronchitis.

COPD

Chronic Obstructive Pulmonary Disease adalah keadaan di mana, seseorang itu menghadapi kesukaran bernafas, dyspnea akibat kombinasi keadaan yang dihadapi iaitu:

Chronic bronchitis : Terlebih penghasilan mukus pada saluran pernafasan menyebabkan batuk yang berterusan paling kurang selama 3 bulan secara berterusan atau selama 2 tahun.

Emphysema : Patologi udara yang terkumpul pada tisu atau organ badan. Dalam kes ini kita merujuk kepada abnormal distention of air spaces distal to terminal bronchioles with destruction to alveola septa. Tak reti untuk saya terjemahkan kepada bahasa ibunda.

Ok, jadi begitu, so apa yang membawa kepada keadaan ini, kita mulakan dengan chronic bronchitis.

Chronic Bronchitis secara teorinya dikatakan berlaku kepada mereka yang terdedah kepada pencemaran udara, merokok dan pekerjaan yang bergelumang dengan habuk yang menyebabkan chronic irritation kepada saluran pernafasan. Jangkitan kuman pada sistem ini juga akan menjadi faktor penggalak berlakunya gejala ini.

Seseorang akan melalui tiga peringkat :

Pertama: Simple chronic bronchitis, penghasilan mukus yang tinggi pada saluran pernafasan hasil daripada aktiviti goblet cells

Kedua : Mucopurulent stage, pada tahap ini, terhasilnya mucus yang dijangkiti kuman atau bakteria seperti H Influenza atau Pneumococci.

Ketiga: Chronic Obstruction, di mana telah berlakunya penebalan, fibrosis, squamous metaplasia pada saluran pernafasan, dan hypertrophy pada otot otot bronchus.

Apa yang dapat kita lihat kepada pesakit adalah; Pesakit akan sentiasa batuk dan mengeluarkan mukus yang bewarna putih dan mungkin dalam kadar yang sedikit dan jika adanya jangkitan mukus tersebut mungkin akan berwarna kuning.


Pesakit juga akan berasa sukar untuk bernafas dan sakit pada bahagian dada disebabkan oleh batuk yang kuat. So itu simptom-simptom yang akan selalu dirasai oleh pesakit, tak perlu saya ceritakan sign-sign di sini yang lebih medical nanti semua pun akan jadi terlalu bosan pula. Untuk pastikan diagnosis ini, kita akan lakukan clinical examination dan investigation yang melibatkan, Xray, ECG,Respiratory Fuction Test, dan Blood gases untuk kesan sama ada sudah mendapat respiratory failure atau belum.

Apa ubatnya? Biasanya doktor akan berikan mucolytic dan expectorant kepada pesakit untuk memudahkannya mengeluarkan kahak yang terhasil, juga diberikan bronchodilator yang berupa Beta 2 agonist, ipratropium bromide atau aminophylline untuk memudahkan pernafasan. Steroid juga boleh diberi jika terlalu sukar untuk bernafas. Antibiotic untuk elakkan berlakunya jangkitan. Dormicilliary O2 untuk hypoxemic patients dan jika terlalu teruk boleh lakukan pemindahan paru-paru.

Itu tentang Chronic bronchitis, tidak lengkap COPD ini jika saya tidak bercerita tentang Empysema. Apa itu emphysema? Ya keadaan apabila hujung brochus itu terlalu mengembang dan menyebabkan udara tersekat kerana dinding alveolus yang telah roboh.

Kita teruskan, antara komponen yang membina dinding alveolus adalah suatu bahan yang dikenali sebagai alpha 1 antitrypsin. Kurangnya bahan ini akan menyebabkan masalah kepada struktur tersebut justeru akan menyebabkan masalah terhadap pertukaran udara di dalam peparu. Antara faktor penyebabnya adalah merokok kerana padanya ada enzyme protease yang dapat mengurangkan kandungan alpha 1 antitrypsin pada pesakit tersebut.

Apa yang akan dialami oleh pesakit adalah lebih kurang sama dengan keadaan yang dialami bagi mereka yang mengalami chronic bronchitis iaitu sukar untuk bernafas, sakit pada bahagian dada dan mungkin akan menunjukkan tanda respiratory failure iaitu hypoxia, kurang oksigen. Untuk pesakit emphysema, tiada ubat yang dapat diberikan kecuali memberikan suntikan alpha 1 antitrypsin jika memerlukan.

Jadi begitulah ya, suatu kisah tentang COPD ini, dan biasanya mereka yang menghadapi COPD ini akan membawa kepada komplikasi rosak peparu, jantung dan boleh membawa kepada kematian, Justeru sepertimana yang kita selalu dengan, prevention is better than cure, jadi kalau yang merokok tu, kurang-kurangkanlah merokok dan kalau boleh berhentilah terus.

Baiklah, sudah kurang sedikit kebosanan ini, mengantuk pun dah kurang, lepas ni boleh teruskan cari maklumat tentang bronchial asthma dan asthmatic bronchitis, lebih kurang je keadaan pesakit yang akan kita dapati kerana semuanya akan mengalami sukar untuk bernafas, tapi di situ ada perkara-perkara yang membezakan mereka dari segi sebab berlaku, komplikasi, ujian-ujian yang ditemui dan cara untuk kita mengubatinya.

Baiklah sekian perkongsian kebosanan ini, moga jumpa lagi, rajin-rajinlah study.

Jazakumullah khairan kathiraa…

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaykum dan salam sejahtera buat semua.

Maka gegak gempitalah seluruh kota berkenaan kemasukan semula saudara Ezam Mohd Nor kedalam UMNO yang ditinggalkannya sekian lama. Pelbagai ulasan yang dibuat, ramai orang yang berkata, mengomen dan sebagainya, ada yang menyokong, ada yang mencemuh dan tak kurang juga yang memperkecilkan agenda perjuangan reform yang diperkatakan oleh beliau sebagai alasan untuk kembali menyertai UMNO. Saya sendiri tak pasti yang mana satu yang wajar untuk saya percayai.

Saudara Ezam sebetulnya seorang tokoh yang pernah saya kagumi suatu ketika dahulu,di era 98′ di saat DSAI dipecat dari kerajaan, kepetahan beliau berbicara, semangat muda yang ada, mempamerkan bukti dan syarahan yang mantap untuk mempengaruhi rakyat bahawa kerajaan yang ada sememangnya kerajaan yang jauh daripada perjuangan yang sebenar membela nasib rakyat dan mengutamakan kepentingan negara. Saya sendiri sedikit hairan dengan perkembangan ini, walau ramai yang tidak sedikit pun terkejut dengan perkembangan yang berlaku kerana mereka telah lebih mengenali Ezam ini bagaimana orangnya berbanding saya.

Ya saya akui, saya memang tidak pernah mengenali Ezam dengan lebih dekat, berjumpa secara live pun belum pernah, justeru pastinya saya tidak boleh membuat apa-apa komen dan andaian berkenaan peribadi beliau, cuma saya agak musykil dengan kenyataan dan alasan beliau yang ingin kembali kepada UMNO kerana dasar pro reform yang telah diperkenalkan oleh PM yang semestinya dia sebagai seorang yang pro reform juga wajib untuk membantu merealisasikannya. Bagi saya tidak perlu untuk masuk UMNO kalau memang mahu merealisasikan dasar kerajaan tersebut.

Saya tertarik dengan apa yang disebut oleh MB Kedah, YAB Ustaz Azizan dalam majlis ramah mesra di Hayyul Sabiek semalam, Ustaz Azizan mengatakan bahawa walau PAS yang memerintah Kedah, namun sebagai kerajaan, mereka perlu bertanggungjawab kepada semua rakyat, menjaga kebajikan untuk semua rakyat tanpa mengira fahaman politik dan kepartian, begitu juga dengan rakyat, perlu bersatu padu dan berusaha untuk membantu kerajaan memajukan negeri dan negara yang dicintai walaupun berbeza fahaman politik tanpa rasa takut kerana ia dijamin oleh semangat demokrasi di negara kita.

Kenyataan ini cukup dekat di hati saya (seperti nada Ezam berbicara) kenapa perlu masuk UMNO untuk membantu negara merealisasikan dasar yang dibuat. Kerajaan Malaysia adalah kerajaan untuk semua rakyatnya, dan walau apapun fahaman politik yang dianuti semua rakyat tidak mengira agama dan bangsa wajib untuk membantu kerajaan untuk membangunkan negara merealisasikan dasar-dasar baik yang diperkenalkan kerajaan, menegur mana-mana yang silap dan tidak betul yang dilaksanakan kerajaan sesuai dengan apa yang digariskan oleh Al Quran dan As Sunnah. Saya cukup meluat dengan kenyataan-kenyataan pemimpin kerajaan yang gah berbicara mengajak rakyat untuk bersama-sama kerajaan membangunkan negara dalam masa yang sama perlu menyokong parti yang didokonginya. Kerajaan soal lain, parti pula soal lain. Titik tolak ini lah yang menyebabkan timbulnya soal pilih kasih dalam mengagihkan perbendaharaan negara.

Apapun Ezam pastinya punya agenda dan pendapat sendiri apabila dia bersama UMNO, saya sendiri tak pasti dan sukar untuk mengerti apatah lagi saya bukannya orang politik, hanya seorang pelajar yang masih belajar-belajar erti sebuah kehidupan. Apapun jika benar perjuangan menghapuskan rasuah dan mengembalikan hak rakyat yang dilaung-laungkan oleh saudara Ezam sebagai alasan untuk dia bersama UMNO dan niat murninya untuk membantu kerajaan menghapuskan penyelewengan-penyelewengan dalam pentadbiran, maka tugas utama yang perlu dilakukannya adalah memastikan segala dasar-dasar tersebut terealisasi dengan cara yang sepatutnya, dan bukannya sekadar dasar yang berupa cover yang menutup isi sebenarnya yang busuk lagi meloyakan dan bukannya terlebih dahulu membuat roadshow memberikan penerangan kepada rakyat dan menarik simpati rakyat menceritakan mengapa beliau kembali kepada UMNO. Hadapkan mereka yang rasuah itu kemuka pengadilan, bawa mereka yang menyeleweng itu ke mahkamah dan dibicarakan kemudiaan barulah beliau boleh mendabik dada untuk mengatakan inilah perjuangan saya sepertimana perjuangan pengasas-pengasas negara ini yang beliau kagumi.

Apapun saya mendoakan yang terbaik buat saudara Ezam dan moga Dia menunjukkan jalan yang sebaiknya untuk beliau melaksanakan amanah besar memelihara agama dan negara seperti yang sering beliau laung-laungkan lewat ceramah-ceramah beliau sebelum ini.

Rasanya itu sahaja komen saya tentang isu ini, alamak, habislah blog saya ini dah jadi blog politik, saya sebenarnya tidak dapat menahan diri untuk turut berbicara mengenainya kerana pada saya ia suatu yang besar dan penting untuk semua pun memahami erti sebuah perjuangan dan apa yang sebenarnya kita mahukan dalam hidup yang sementara ini. Moga Allah memelihara saya dan menunjukkan saya jalan yang sebenarnya.

“Cukup dulu la tu Dir, nanti-nantilah politik tu, belajar baik-baik dulu ni.”mungkin begitu kata teman-teman bila membaca tulisan ini, ya saya sendiri tidak suka berbicara politik di sini namun sedikit buah fikir boleh saya kongsikan bersama-sama sahabat yang singgah ke sini, dan sebenarnya saya sentiasa mengharapkan ada sahabat-sahabat yang sudi pula berbicara apa-apa meninggalkan komen apa-apa, memberikan nasihat atau kritikan apa-apa terhadap diri saya di sini dengan akhlak yang sebaiknya. Moga di situ saya akan dapat lebih membaiki diri.


Apapun semalam adalah hari yang serba tidak keruan bagi saya, bermula dengan sedikit letih kerana berpuasa, petangnya berlaku kebocoran pam di rumah menyebabkan keputusan air beberapa ketika, tiada air menyebabkan saya sedikit depress apatah lagi saya memasak hari ini, nasib baik saya sudah memasak lauk lebih awal cuma nasi sahaja yang tak sempat untuk saya tanak sebelumnya. Hampir maghrib, air pun ada, saya terus mandi dan bersiap untuk menghadiri majlis bersama MB Kedah di hayyul sabiek pada jam 8:00 malam seperti yang dijadualkan, kerana takut tidak sempat dan tidak mahu kelewatan, saya terus bersama idil membonceng motosikal Effy ke sana sebelum azan maghrib berkumandang. Terima kasih kepada Effy kerana mahu meminjamkan motosikalnya, maaf lambat hantar pulang.

Sampai di tahrir masuk waktu maghrib, tiada apa yang boleh dikunyah untuk berbuka, kami meneruskan perjalanan dan sampai di sana pada jam 8:10 malam, kami terus ke masjid kerana rata-rata sahabat yang datang pun memang menuju ke masjid kerana majlis bermula selepas solat.Seusai solat saya masih tidak menemui apa-apa untuk berbuka puasa, dengan harapan ada lah sesuatu yang boleh dikunyah ketika di majlis itu nanti saya dan idil terus masuk ke dewan,majlis bermula, saya mula terketar-ketar, tremors menahan lapar, dan akhirnya idil menawarkan diri untuk mendapatkan sesuatu di luar untuk saya mendapatkan sedikit glucose bagi mengawal diri, sebiji sugus diberikan, saya menikmatinya alhamdulillah hilang sedikit rasa lapar yang saya alami.

Selepas ucapan YAB Ustaz Azizan, jam sudah menunjukkan jam 10:30malam, Idil bercadang untuk pulang terlebih dahulu sedang saya masih teragak-agak untuk pulang kerana saya hadirpun atas jemputan, takutlah nanti dikatakan tidak menghormati majlis dan apa pula kata tuan rumah, saya izinkan idil untuk pulang terlebih dahulu, 10 minit selepas idil pergi terasa menyesal pula tidak pulang sama memandangkan tentatif majlis seperti masih panjang dan saya sendiri semakin tidak keruan kerana ketidak cukupan glucose dalam badan,(sebenarnya glucose cukup je dalam badan tetapi proses untuk mendapatkan glucose daripada metabolisi badan itu agak memenatkan dan membebankan).

Saya terus bertahan, majlis berakhir sekitar jam 11:30 saya menunggu-nunggu, bila mahu makan. Saya sendiri tidak pasti bagaimana proses untuk majlis jamuan tersebut dan saya sendiri setelah berjumpa dengan beberapa kenalan yang hadir sedikit terpisah dengan para jemputan yang lain dan saya sendiri tidak pasti adakah mereka telah dibawa ke tempat tertentu untuk jamuan makan, akhirnya saya membuat keputusan untuk pulang sahaja bersama adik-adik tahun satu yang menaiki coaster kerana diri sendiri pun sudah tidak tahan lagi menahan diri. Mujurlah ada nasi lebih pada mereka, jadi dapatlah saya makan satu :) . sepanjang perjalanan saya terasa pening, pendek cerita tanpa bercerita apa yang berlaku di sepanjang perjalanan, saya sampai kerumah sekitar jam 1:00pagi. Alhamdulillah akhirnya saya dapat menikmati rezeki makanan yang dikurniakanNya. Hilang rasa lapar dan pening yang dirasa.

Seusai makan saya sempat untuk memeriksa YM dan email sehinggalah pada jam 2:30 pagi saya mula untuk tidur. Tibalah masa yang paling menyedihkan saya apabila saya bangun untuk bersolat subuh di masjid, ada satu perkara yang tiba-tiba terlintas di fikiran saya, “Ya Allah, saya tak solat isyak semalam” saya langsung tak ingat, saya langsung terlupa, akhirnya saya mengqada solat isyak saya di rumah selepas solat subuh tersebut. Sedih bukan, moga Allah mengapuni dosa saya atas kelalaian tersebut. Dan moga dia sentiasa memberikan saya selepas ini hati yang sentiasa ingat kepadaNya, hati yang khusyuk kepadaNya setiap waktu dan ketika dan itulah nikmat yang tiada tolok bandingnya.

Begitulah, apa saya bicarakan ini tiada niat apa-apa tau, Us Fadhil janganlah terasa pula jika membaca, hanya luahan hati saya yang sememangnya suatu perkara biasa yang saya lakukan di blog ini. Dan saya sendiri sebenarnya tak mahu sangat orang baca mender ni, sebab itulah saya kecilkan sedikit fontnya.Majlis semalam pun suatu yang cukup baik dan banyak manafaat yang saya dapat daripadanya. Baiklah rasanya setakat itu dahulu,masih pening-pening lagi :) hingga jumpa lagi .

Jazakumullah Khairan Kathiraa…

Andai kutahu…

Andai kutahu,
Kapan tiba ajalku,
Pasti kuakan sentiasa menjaga tingkah lakuku,

Andai kutahu,
Bila kukan pergi,
Pasti kuakan sentiasa menjaga tutur bicaraku,

Andai kutahu,
Saat tibanya kematianku,
Pasti kuakan menjaga hubungan dengan orang-orang disekelilingku,

Mengasihi mereka lebih dari sekarang,
Mengawasi mereka lebih dari sekarang,
Membantu mereka lebih dari sekarang,
Memberikan mereka lebih dari sekarang.

Kerana,
ku cintakan mereka,
kusayangkan mereka,
ku mahu semuanya hidup dalam mencintai kebaikan,
mengasihi keharmonian,
dalam hidup bertuhan,
dalam diri kehambaan.

Namun begitulah aku,
Yang sentiasa lalai dan lupa.

Ya Allah,
Ampunilah dosaku…

Faqir ila ‘afwi Rabbih,
Dr Kadir,

Kaherah,
10:14pm, 27 Mei 2008

Isu Pakaian Sekolah…


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaykum dan salam sejahtera buat semua.

Saya tertarik dengan isu yang dibawakan oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia PKPIM berkenaan isu pemakaian pelajar perempuan yang perlu dinilai semula. Saya secara jujur sejak lama lagi pernah memikirkan perkara tersebut dan cukup bersetuju perkara tersebut diambil perhatian oleh mereka yang bertanggungjawab terutamanya Kementerian Pelajaran. Paling kurang wajibkanlah pelajar-pelajar perempuan ini untuk mengenakan pakaian yang lebih tebal atau ditukarkan sahaja warna pakaian itu kepada warna lain dan tidak terlalu nipis seperti yang ada pada hari ini.

Tapi lain pula respons yang diberikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia yang saya kasihi ini apabila beliau berkata aspek pakaian bukanlah faktor utama kepada berlakunya kes jenayah rogol di kalangan remaja bahkan yang menjadi isu adalah akhlak dan kerosakan moral oleh pelajar-pelajar lelaki itu sendiri. Dan suatu yang tidak adil jika kita terpaksa pula mengenakan peraturan kepada pelajar-pelajar perempuan sedangkan mereka adalah mangsa.Suatu diskriminasi terhadap mereka.

Malunya saya mendengarkan hujah dangkal sebegitu, saya tidak menolak sememangnya kita perlu mencari jalan untuk menangani masalah keruntuhan moral di kalangan remaja kita, golongan muda harapan bangsa ini. Memberikan pendidikan yang baik, mengenakan tindakan yang sewajarnya kepada mereka jika didapati bersalah dan berkelakuan dengan tidak wajar. Namun di sana, kita juga perlu melihat apa pula faktor-faktor yang boleh membawa kepada gejala sebegitu, dan aspek pemakaian pastinya adalah salah satu faktor yang boleh kita ambil perhatian .Mana mungkin kita usaha habis-habisan untuk memberikan kesedaran bahawa merogol itu suatu jenayah, berzina itu dosa besar namun dalam masa yang sama hari-hari mereka terpaksa berhadapan dengan kawan-kawan perempuan mereka yang berpakaian sebegitu.Sama lah dengan negaraku Malaysia yang dicintai. Walau suatu pihak sentiasa mencanangkan amar ma’ruf,mengajak manusia kepada kebaikan dan pembinaan modal insan kelas pertama namun rakyat masih lagi dihidangkan dengan hiburan melampau, pemujaan artis dan kelalaian yang cukup merimaskan. Entahlah,rasa saya, jika diberikan soalan karangan kepada pelajar SPM pun boleh menjawab bahawa antara faktor kepada berlakunya salah laku dan jenayah seperti rogol ini adalah aspek pemakaian.

Tapi begitulah jawapan yang diberikan oleh Menteri Pelajaran tersebut. Sakit juga hati saya bila melihat buletin utama semalam apabila beliau buat-buat muka dan seperti memperkecilkan saranan tersebut. Saya lebih menghormati beliau jika beliau tidak terus memberikan respon spontan begitu sebaliknya menerima saranan tersebut sebagai suatu yang boleh difikirkan. Lepas dah mesyuarat, bincang-bincang, dah boleh fikir dengan baik, kemudian buatlah kenyataan apa-apa. Tapi begitulah, takkanlah saya nak menyindir “inilah pemimpin islam hadhari di Malaysiaku hari ini”. Entahlah.

Mungkinlah orang seperti beliau tidak akan rasa apa-apa bila melihat pelajar perempuan berpakaian begitu, tapi cubalah letakkan diri beliau sebagai pelajar-pelajar yang kurang akhlak atau berperangai jahat, atau sedikit nakal seperti saya umpamanya, pastinya akan sedikit sebanyak terangsang apabila melihat keadaan sebegitu. Itu kalau keadaan biasa, kalau basah pula kena hujan lagi la… ops jangan bayang! maafkan saya, saya memang nakal.

Cukuplah setakat itu, pada saya saranan Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas supaya kementerian pelajaran merujuk perkara tersebut kepada mufti dan cadangan Ustazah Nuridah supaya kementerian mengambil perhatian yang sewajarnya tentang isu ini dan supaya menteri sendiri merujuk terlebih dahulu Al Quran dan Sunnah sebelum membuat kenyataan suatu yang selari dengan naluri saya.

Sebenarnya pada saya, ini bukanlah isu agama sangat, suatu yang biasa dan fitrah sebenarnya apabila kita mengatakan pemakaian yang mendedahkan dan seksi pastinya akan membawa kepada pemasalahan sosial yang tidak diingini, kalau tidak mahu bertanyakan mufti pun, boleh rujuk perkara ini kepada pakar-pakar psikologi dan saya pasti mereka juga akan sependapat untuk mengatakan aspek pemakaian boleh membawa kepada kes-kes jenayah rogol dan sebagainya ini.

Baiklah itu sahaja untuk kali ini, teruskan study kawan-kawan, tolonglah diri sendiri, orang lain susah nak tolong kita sedang mereka sendiri punya komitmen dan masalah masing-masing. Berusahalah dan pastikan cemerlang di dunia dan akhirat, InsyaAllah.

Jazakumullah Khairan Kathiraa…

« Kiriman-Kiriman Berikutnya - Kiriman-Kiriman Sebelumnya »