Tika itu
Tika masih di dalam buaian,
Ibu sentiasa dodoikan,
Kelak kamu dewasa,
Berbaktilah pada agama dan bangsa.
Tika di bangku sekolah,
Cikgu sentiasa bersyarah,
Kelak kamu dewasa,
Harumkanlah nama negara.
Tika di menara gading,
Kawan-kawan datang berganding,
Berkongsi idea dan bicara,
Mencanang minda bertingkah kata.
Namun tika dewasa kini,
Kukembali menginsafi diri,
Dimana aku di kala ini?
Bukankah aku tidak sepatutnya di sini?
Oh masa itu, bolehkah ia dipatah kembali
Hargailah masamu [...]
Arkib bagi Kategori ‘Uncategorized’
Tika itu
Dikirim dalam Uncategorized pada Jun 16, 2008 | Leave a Comment »
Kenapa ya?
Dikirim dalam Uncategorized pada Jun 1, 2008 | 9 Komen »
Bangun – Lapar – Makan – Kenyang – Mengantuk – Tidur – Bangun
Begitulah kitaran hidup saya ketika ini,saya sendiri tidak pasti kitaran apakah ini.
Walau sukar untuk mengakui, namun apa yang pasti saya sememangnya sedang menjalani hari-hari yang tidak menentu sejak akhir-akhir ini. Saya tidak pasti di mana dan apa sebab musababnya, faktor kesihatan mungkin [...]
Hypercalcemia dan Addison’s disease
Dikirim dalam Uncategorized pada Mei 31, 2008 | Leave a Comment »
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaykum dan salam sejahtera buat semua.
“Sape sape boleh bagitau macam mana addison’s disease boleh menyebabkan hypercalcemia” soal Idil.
Emm macam senang je soalan ni, akan tetapi setelah dibuka buku Dr Ossama dan dibuka juga buku Davidson’s yang tebal itu masih lagi tidak ketemu dengan jawapan yang terbaik. Justeru bagaimana Addison’s disease, suatu penyakit yang disebabkan oleh [...]
Oral Pharmacology…
Dikirim dalam Uncategorized pada Mei 31, 2008 | 3 Komen »
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaykum dan salam sejahtera buat semua.
Tadi Apes ada datang ke rumah bertanyakan apa yang ditanya oleh doktor semasa oral pharmacology dua tahun yang lalu. Justeru untuk memudahkan semua, boleh rujuk apa yang ditaip di bawah ini yang merupakan archive saya di blogdrive sebelum ini. Baca je soalan-soalan tu dan abaikan jawapan saya itu jika silap. [...]
Lagi isu di Malaysia, Kisah Ezam dan saya…
Dikirim dalam Uncategorized pada Mei 30, 2008 | 4 Komen »
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaykum dan salam sejahtera buat semua.
Maka gegak gempitalah seluruh kota berkenaan kemasukan semula saudara Ezam Mohd Nor kedalam UMNO yang ditinggalkannya sekian lama. Pelbagai ulasan yang dibuat, ramai orang yang berkata, mengomen dan sebagainya, ada yang menyokong, ada yang mencemuh dan tak kurang juga yang memperkecilkan agenda perjuangan reform yang diperkatakan oleh beliau sebagai alasan [...]
Andai kutahu…
Dikirim dalam Uncategorized pada Mei 27, 2008 | Leave a Comment »
Andai kutahu,
Kapan tiba ajalku,
Pasti kuakan sentiasa menjaga tingkah lakuku,
Andai kutahu,
Bila kukan pergi,
Pasti kuakan sentiasa menjaga tutur bicaraku,
Andai kutahu,
Saat tibanya kematianku,
Pasti kuakan menjaga hubungan dengan orang-orang disekelilingku,
Mengasihi mereka lebih dari sekarang,
Mengawasi mereka lebih dari sekarang,
Membantu mereka lebih dari sekarang,
Memberikan mereka lebih dari sekarang.
Kerana,
ku cintakan mereka,
kusayangkan mereka,
ku mahu semuanya hidup dalam mencintai kebaikan,
mengasihi keharmonian,
dalam hidup bertuhan,
dalam diri [...]
Isu Pakaian Sekolah…
Dikirim dalam Uncategorized pada Mei 25, 2008 | 3 Komen »
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaykum dan salam sejahtera buat semua.
Saya tertarik dengan isu yang dibawakan oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia PKPIM berkenaan isu pemakaian pelajar perempuan yang perlu dinilai semula. Saya secara jujur sejak lama lagi pernah memikirkan perkara tersebut dan cukup bersetuju perkara tersebut diambil perhatian oleh mereka yang bertanggungjawab terutamanya Kementerian Pelajaran. Paling kurang wajibkanlah pelajar-pelajar [...]
Jadual Exam…
Dikirim dalam Uncategorized pada Mei 24, 2008 | 4 Komen »
KLIK UNTUK TUMBESARAN
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaykum dan salam sejahtera buat semua.
Sedar tidak sedar, sudah lima tahun lamanya saya berkelana di bumi Mesir ini,semakin dekat untuk saya meninggalkannya dan semakin rapat pula untuk saya menghadapi peperiksaan akhir tahun lima yang akan menjelang tidak lama lagi. Itu saya. Sementara adik-adik di tahun-tahun yang lain ramai antaranya yang sudah lama menduduki [...]
List…
Dikirim dalam Uncategorized pada Mei 22, 2008 | 4 Komen »
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaykum dan salam sejahtera buat semua.
Berikut adalah tajuk-tajuk nazori yang penting untuk Amali Internal Medicine nanti buat rujukan sahabat-sahabat di tahun 5 Ain Shams University. So Idil, Munir, Akmal, Asma, Zawil, Daing dan Kak Leli. Sila rujuk ya, pastikan dapat kuasai clinical picture dan investigation untuk setiap diseases berikut:
CVS:
Mitral Valve Disease
AVD
Tricuspid Incopetence
Fallot Tetralogy
VSD
Chest:
COPD
Bronchial
Lung [...]
Menjaga dan Menghargai…
Dikirim dalam Uncategorized pada Mei 20, 2008 | Leave a Comment »
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaykum dan salam sejahtera buat semua.
Buat sahabat-sahabat yang sentiasa datang berkunjung ke mari, moga sihat sentiasa dan rahmat Allah sentiasa memayungi hari-hari yang kita lalui. Hari ini saya ingin berkongsi satu rasa, rasa yang terbit seketika saya membaca satu artikel daripada blog sis zabrina, seorang penulis blog yang cukup baik saya rasakan yang [...]


