Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaykum dan salah sejahtera buat semua.
Seusai menunaikan solat Maghrib di Masjid Ahmad Ibrahim saya duduk bertafakur seketika, memerhatikan tempat sujud, mengucapkan tasbih, tahmid dan takbir mengingati yang esa. Seketika saya melemparkan pandangan ke luar masjid. Lalu terlihat kelibat seorang arab yang melambai-lambai dan menunjuk-nunjuk ke arah saya.
Saya memerhati ke kiri dan kanan, tiada yang [...]
Arkib bagi Kategori ‘personal’
Lelaki itu…
Dikirim dalam personal pada Jun 11, 2008 | Leave a Comment »
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaykum dan salam sejahtera buat semua.
Saya ingin membawa sahabat-sahabat merenung dan berfikir, Bersyukurkah kita apabila dilahirkan sebagai Muslim. Bergembirakah kita apabila dalam hidup ini kita dianugerahkan Allah nikmat dengan menganuti agama yang Agung, agama yang sebenar-benar agama ini.
Gembirakah kita?
Sedang orang lain masih tercari-cari Rabb mereka. Hanyut dan lalai dalam kesesatan pencarian Tuhan mereka itu. [...]
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaykum dan salam sejahtera buat semua.
Ada orang berkata untuk berjaya kita perlukan kesungguhan dan pengorbanan, namun kesungguhan dan pengorbanan tidak pula memastikan kita mendapatkan kejayaan. Akan tetapi sunnahnya alam, apabila seseorang itu berusaha insyaAllah dia akan berjaya. Begitulah.
Hari ini saya tidak ke kuliah, membuat ijtihad sendiri mengatakan lebih baik menggunakan masa yang ada [...]
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaykum dan salam sejahtera buat semua.
Sudah lama saya tidak memulakan bicara di blog ini dengan kalimah salam begitu, walau mungkin terteranya mungkin tidak diperasan atau tidak diendahkan oleh sesiapa, namun begitulah kita diajar apabila memulakan bicara. Moga saya lebih menjadikannya kebiasaan selepas ini.
Lama saya tidak menulis, sepertimana yang saya sebut sebelum ini terlalu banyak yang [...]
Dalam detik hari yang berlalu,
Aku semakin sunyi,
Dalam detik hari yang berlalu,
Aku semakin sepi,
Dalam detik hari yang berlalu,
Aku lebih suka menyendiri,
Kutanyakan pada diri,
Apa yang kufikirkan kini,
Apa yang membawa aku berasa ingin jauh dari manusia dan seluruhnya ini,
Adakah kerana banyaknya bebanan yang kupikul kini,
Adakah kerana bertimbunnya masalah yang kuhadapi kini,
Adakah kerana aku semakin jemu dengan sikap manusia [...]
Saya melalui hari yang cukup panjang, letih dan memenatkan hari ini. Bermula dengan meeting Etika PERUBATAN, bergerak ke JPMK untuk menyelesaikan beberapa urusan, kembali ke ARMA yang asalnya ingin mengikuti kelas Ustaz Fuad tapi dibatalkan, kembali ke rumah untuk menepati masa bermain bola pada jam 5:30 petang tetapi ditangguhkan pada hari esoknya. Dan malamnya saya [...]
Genap setahun kami berpisah,dan malam ini kami kembali bersama, memperbaharui azam, menjana semangat dan meneruskan keutuhan ukhuwah kami bersama. Malam Gathering Batch MEP3. Moga tahun ini menjadi saksi kecemerlangan kami semua. InsyaAllah…
Saya, Dzul dan Kang Hamdan sedang khusyuk mendengar ucapan salah seorang daripada kami.
Baki yang lain, Iqbal, shuib, izwan, idil dan us Fauwaz, Akmal [...]
Entry ini sekadar untuk memenuhi permintaan adindaku Muhammad Nazrul Syazwan bin Kamarul Arifin (Punyalah panjangnya nama dan indah bunyinya, tapi warouq juga yang dipanggil orang…). Setelah di’tagged’ maka peraturan yang memerlukan saya menyenaraikan 8 fakta mengenai diri sendiri dan mentag 8 orang lain menjadi kerja tambahan saya di kala ini. (Hai… senang-senang je menambah [...]
Wahai hati…
Apakah perkhabaran dirimu sekarang?
Sihatkah dikau, segarkah dikau menempuhi hari-harimu yang semakin sukar ini?
Aku tidak tahu mengapa aku kerap mengingati dirimu kini,
Katanya kau semakin berubah,
Jika dulu engkau sentiasa sibuk dengan zikrullah,
Kedengarannya kini engkau semakin culas dengannya.
Mengapakah begitu wahai hati…?
Jika dulu dirimu sentiasa kelihatan di Masjid,
Di awal waktu, berpakaian suci dan bersih,
Begitu bersegera bertemu Rabbmu [...]
Ya Rasulullah…
Dikirim dalam personal pada Mac 15, 2008 | Leave a Comment »
Makcik tua itu kepenatan, sudah tiada kudrat lagi untuk meneruskan perjalanan memikul bebanan yang terpaksa dibawa bersama ke destinasi yang ingin ditujuinya. Mujurlah ketika itu, hadir seorang pemuda yang sudi memberi pertolongan.
“Makcik, sudikah makcik jika saya membantu makcik mengangkat barang itu?”
Makcik tua itu cukup gembira. dalam kesibukan bandar makkah itu masih ada orang yang berhati [...]


